Monday 6 June 2011

PERJALANAN HIDUP 1

Hidup Manusia Tidak Sama,
Pelbagai Warna Pelbagai Rasa,
Ada Yang Bebas Seperti Rama-Rama,
Dan Ada Yang Jatuh Ditelan Masa,

Warna Dan Rasa Dimamah Usia,
Kadangkala Pahit Kadangkala Manis,
Asam Garam Perjalanan Dunia,
Sentiasa Tercalit Sentiasa Terlukis,



Waktu Berdetik Bertukar Hari,
Setiap Saat Mengukir Sejarah,
Waktu Berputar Berganti Hari,
Setiap Saat Menukar Arah,

Walau Dunia Menjadi Sandaran,
Hanya Akhirat Menjadi Jawapan,
Walau Harta Menjadi Taruhan,
Hanya ISLAM Menjadi Pegangan.


-kunura-

2 comments:

  1. lmbt ckit nk fhm, tp sekali bace rase....xthu rase ape..tp ntahla...=)

    ReplyDelete
  2. rasa ape tu ngah?? nukilan original tu..hehe..

    ReplyDelete