Saturday 7 July 2012

Getar Ketabahan



Terasa Mahu Bersandar,
Tapi Beban di Bahu Masih Menggunung,
ADAKAH AKU MAMPU?
ADAKAH AKU MASIH MAMPU?

Badan Mengecil Kaku Menahan,
Darah Pucat Mengalir Ke Dahan,
MUJUR Otak Kuat Melawan,
MUJUR Minda Kuat Bertahan,
Untuk Aku Berdiri Tegap di Medan,
Medan Yang Dipenuhi PERSOALAN,
Medan Yang Dipenuhi DUGAAN dan UJIAN,

Di Sebalik Kepahitan,
Adanya Penawar Segala Kesakitan,
Di Sebalik Kesakitan,
Adanya Keampunan Segala Kekhilafan,

ADAKAH AKU MAMPU?
Mampu menggenggam ketabahan yang sentiasa bergetar...
ADAKAH AKU MASIH MAMPU?
Mampu menggenggam kesabaran yang sentiasa bergegar...

-kunura-

No comments:

Post a Comment